Saturday, August 7, 2010

Ikhlaskah Kita

Ikhlaskah kita dalam mendidik
andai dibiar sahabat tersesat dengan hanya kata umpat
Ikhlaskah kita dalam mendidik
andai yang dikejar adalah duit dan pangkat
Ikhlaskah kita dalam mendidik
Andai terhina bila wajah dihinggapi cuma seekor lalat
Ikhlaskah kita dalam mendidik
Andai hanya sok pejuang bila ada orang datang melihat
Ikhlaskah kita dalam mendidik
andai mihnah buatkan hati kecil berasa perit
Ikhlaskah kita dalam mendidik
andai pujian buat kita terbang setinggi langit
Ikhlaskah kita dalam mendidik
Andai niat kerana Allah buatkan kita berasa terhimpit
Nukilan:
Nafis Tamim

Imam al-Ghazali lah yang paling layak untuk membahaskan bab ikhlas ini kerana beliaulah ilmuan jiwa yang tiada siapa pun dapat tandingi. Di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulum al-Din dengan jelas bab ikhlas ini dikupas. Sehinggga beliau sendiri pernah meragui keihlasan beliau dalam mendidik dan menebar sayap ilmu di................................................................buku methdologi alfghazali. Perjalanan beliau selama bertahun hanya kerana mencari jiwa ikhlas inilah yang memperjelas kepada kita apa itu ikhlas dalam kitabnya yang ,menjadi rujukan sepanjang zaman. Menfaat ini bukan sahaja diperolehi oleh orang Islam malah orang barat juga mengiktirafnya. Inilah kesan kehebatan ikhlasnya Imam al-Ghazali. Segar mekar sepanjang zaman. Subhaanallah’
Perjalanan rohani beliau akhirnya dapat menghasilkan kefahaman tentang rahsianya ikhlas.
Ikhlas itu letaknya di jiwa, penilainya yang layak hanyalah satu iaitu Allah Robbul ‘Izzah.
Kesan daripada ikhlas itu sangat besar. Pelbagai peristiwa lalu yang dapat kita rujuk sebagai sumber inspirasi seperti kisah kehebatan Siti Fatimah yang menghantar makanan dalam keadaan hanya berserah bulat-bulat kepada Allah. Tanpa ada alat lain yang dapat menjamin keselamatannya lebih lagi nyawanya. Bagaimana dengan ikhlas,beliau dapat mengharungi risiki-risiko sepanjang perjalanan beliau menuju ke gua Tsur. Inilah antara peristiwa besar yang dapat kita lihat,penangan daripada rasa ikhlas kerana Allah. Inilah kemuncak ikhlas iaitu fokus dalam amalan itu hanya tertumpu untuk mendapat redho Allah bukan selainNya
Jika difikirkan, perkara penting yang harus kita yakini adalah kuasa Allah yang Maha Besar sebagai Pentadbir semua makhluq di muka bumi ini, hatta sekecil semut pn dalam pengetahuan Qudrat dan IradatNya. Inilah alasan utama mengapa kita harus berusaha, di samping penyerahan hanya kepadanya mampu membuatkan kita berhadapan dengan pelbagai ujian hebat dalam dunia pendidikan hari ini. Pelbagai masalah yang terpaksa kita hadapi sehingga kemuncaknya kemungkinan kita dihina, diancam, malah mungkin hilang nyawa dalam dunia kependidikan hari ini.
Jika semua golongan penddidik dapat menghayati erti keihlasan dan dapat membawanya ke dalam setiap kelas di sepanjang sesi pengajarannya, tidak kira walau subjek apapun pengajarannya, mahupun sains, matematik, fizik dan sebagainya. Percayalah saudara-saudara seislamku, generasi yang akan kita lahirkan juga nanti adalah generasi yang hebat jiwanya Kerana hasil kerja orang yang ikhlas itu sumbernya adalah kuasa allah yang maha hebat lagi berkehendak.
Seri Mutiara alhikam oleh a’ah Gim
Belajar daripada alam
Jadilah seperti semut yang kecil, tidak pernah mengeluh walau terpaksa menggalas beban makanan setiap hari untuk dipersembahakan kepada sang puteri demi kesinambungan hayat keluarganya tanpa mengharap balasan dan sedikitpun keluhan.
Tips fikir
Jika tidak ditebuk ruyung manakan dapat sagunya. Jika tidak dipecahkan segala mazmumah yang menghijab hati daripada melihat hebatnya ikhlas, tentu harapan melahir generasi yang hebat tamadun dan nilai akhlaknya akan tercapai.

No comments:

Post a Comment

Kongsikan duhai SAUDARA SEISLAMKU