Sunday, August 8, 2010

Perkongsian

Di dalam sebuah kelas, kelihatan seorang guru sedang mengajar murid Tahun Satu Bestari, Subjek Bahasa Arab. Dalam keseronokannya mengajar, ada seorang murid India yang tidak mengendahkanny. Berasa marah di hati guru tersebut. Sebagai guru Bahasa Arab, memang agak sukar mengajar murid berbangsa selain melayu,suatu bahasa yang sebegitu asing bagi mereka. Berfikir sejenak, dengan spontan,guru tersebut bertanya “Narvin, awak mahu syurga atau neraka?’. Dengan pantas Narvin menjawab “syurga, Cikgu”. Guru tadi terus bertanya lagi, jika kamu mahukan Syurga, apa yang perlu kamu lakukan?”. Narvin menundukkan kepala tanda sedar,mungkin kesal dengan perbuatannya, dan berkata “ Buat baik,Cikgu”. Dengan tenang guru tadi menerangkan “ Jika begitu, semasa Cikgu mengajar,kamu haruslah berikan perhatian dan menghormati Cikgu”. Narvin kelihatan sedih, guru tadi kemudian berkata dengan nada memujuk dan memberi harapan “Cikgu maafkan kamu, perbaikilah perbuatan kamu pada masa akan datang, yakinlah Tuhan akan bantu kamu”. Kesannya, Narvin terus memberikan tumpuan yang baik sehingga akhir pengajaran guru tersebut.
Inilah kesan jangka pendek yang boleh kita lihat. Bagaimana seorang murid non-muslim mempercayai dan meyakini bahawa Tuhan yang menjadikan Syurga dan Neraka itu ada, bahawa segala perbuatannya akan dihitung kelak.
Mengamati situasi gejala sosial hari ini, terdetik dalam hati saya beberapa persoalan. Mengapa semakin ramai manusia melakukan jenayah, sedangkan pelbagai undang-undang diwujudkan dari semasa ke semasa untuk membendungnya?. Di mana kekurangan sistem pendidikan Negara yang kita cintai ini? Apakah perkara ini tidak ada jalan keluarnya? Adakah kita harus membiarkan masyarakat kita terus berada dalam permasalahan ini? Bukankah golongan pendidik adalah nadi masyarakat sebagai ajen perubah?
Berdasarkan pengalam guru Bahasa Arab tadi, dengan mudah tingkah laku negatif Narvin dapat diubah melalui pemahaman Aqidah atau kepercayaan. Tidak keterlauan jika saya analogikan tempoh masa pengajaran tersebuat dengan tempoh masa kehidupan seorang manusia. Jadi, Mungkin inilah gagasan idea dan saranan yang ingin saya kongsikan bersama semua insan yang bergelar pendidik dan berjiwa pendidik di luar sana. Bahawa Aqidah adalah suatu solusi bagi menjawab semua persoalan-persoalan di atas. Jadi, tidak mustahil, dengan pemahaman aqidah yang mantap, ramai manusia mampu melakukan kebaikan dan mengelak kejahatan tan perlu kepada pengawasan daripada sesiapa kecuali diri dan keyakinannya.

Sebuah harapan itu memerlukan iringan usaha, kesabaran, konsisitensi, istiqamah, dan tentunya suatu tempoh masa. Ayuhlah sahabat-sahabat berjiwa pendidik! Gerakkan dan sepadukan usaha kita bersama hari ini, demi melahir generasi modal insan yang dapat mengharmonikan masyarakat cemerlang dunia dan akhirat. Yakinlah tiada kata terlambat selagi kita masih menghela nafas dan merasa degup jantung ini. Hapuskanlah sikap suka salah menyalahkan, kerana ia hanya akan menimbulkan perselisihan juga keretakan dalam perhubungan, malah kemusnahan. Mulakanlah dari diri kita, ambilah pelajaran daripada peristiwa penyucian jiwa Rasulullah SAW pada usia kanak-kanaknya oleh jibril yang diperintah oleh Allah. Wahai saudara-saudaraku disitulah sumber segala kekuatan juga punca segala kelamahan. Tidak inginkah kita di saat roh kita mahu menuju Ilahi,ianya dipersilakan oleh Allah untuk masuk ke dalam syurgaNya dengan kata irji’i ila rabbiki radhitan mardhiah. Subhaanallah, sungguh perjuangan itu menagih mihnah dan ujian kerana sebegitu besar dan ni’matnya balasan! Kita adalah golongan pendidik yang bersifat sebagai menyampaikan segala kebaikan ini, adalah penyambung da’wah Rasulullah SAW, biarpun kita mengajar Sains, Matematik, lebih lagi yang mengajar Pendidikan Islam. Kerana kita adalah satu bangsa beragama Islam yang cintakan Allah dan rasulNya.
Wallah a’lam.